Pengenalan

Institut Pelancongan Dian (IPD) ditubuhkan pada 13 April 1990 dan diperbadankan sebagai Pusat Latihan Sendirian Berhad (Bhd) pada 14 Januarri 1995. IPD adalah sebuah institusi pengajian pelancongan yang berdaftar dengan mendapat pengiktirafan dan kelulusan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia sebagai pusat pengajian bertauliah.


Objektif

Kursus "Pengurusan Agensi Pelancongan, Pentadbiran dan Penerbangan", program peringkat sijil yang diselenggarakan oleh IPD adalah mempunyai objektif berikut :

  • Melatih peserta berupaya menjadi seorang Pegawai Tadbir atau Pengurus yang efektif dalam sesebuah agensi pelancongan atau syarikat penerbangan yang diceburi kelak.
  • Perspektif yang luas untuk membangunkan dan memperkembangkan sesuatu agensi perusahaan pelancongan baik yang besar atau kecil.
  • Kemahiran yang tinggi untuk mengenalpasti dan menganalisa berbagai masalah yang berkaitan dengan pengurusan pengendalian tiket kapal terbang dan pengurusan agensi pelancongan.
  • Kemantapan dalam etika dan moral profesion serta daya kreatif semasa menjalankan tugas.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar agar dapat berdikari dengan menjadi pengusaha sendiri dalam bidang industri agensi pelancongan dan penerbangan.
  • Melatih pelajar menjalani praktikal, untuk mendapatkan pengalaman, kemahiran serta pendedahan sebenar yang mungkin dihadapi oleh sesebuah Syarikat Penerbangan dan Agensi Pelancongan yang diceburi kelak.